Tuesday 2 April 2013

Gembira atau sedih?

Hari2 yang sibuk sejak lebih sebulan yang lepas membuatkan aku terpaksa menangguhkan pengajian untuk sementara waktu.

Selepas berkahwin, hidup lebih banyak teruji dan diduga dengan pelbagai masalah buat aku rasa cemburu melihat orang2 sekeliling ketawa riang tapi aku tak mampu ketawa dari hati disebabkan otak yang tidak henti berfikir tentang masalah dan kerja2 yang tertangguh.

Kadang2 terdetik, alangkah bagusnya jika pengajianku telah tamat. Maka aku mampu untuk lebih fokus pada bebanan kerja yang semakin bertambah setiap hari. Aku risau kemungkinan2 yang aku akan terlepas pandang perkara2 penting dan menyebabkan masalah di masa akan datang.

Hati selalu berbisik 'ya allah..beratnya hidup ini..teringin sekali untuk melupakan bebanan kerja dan bergembira sahaja..'

Aku mungkin seorang yang pelik kerana ada sekelumit rasa gembira dalam hati bila aku terpaksa menghadapi semua ini. Mungkin kerana aku rasakan ini sebagai cabaran untuk aku lepasi dalam membentuk diri yang lebih baik untuk masa akan datang.

Entahlah..hati aku berbolak balik antara rasa gembira dan rasa sedih..

Doa aku, moga allah mudahkan semua jalan aku sekeluarga juga berkati rezeki yang kami peroleh.


Ameen.


*bintang, bintang, berapakah jarakmu untuk aku gapai?*

2 comments:

  1. Setiap yang berlaku ada hikmah di sebaliknya...
    semuga tabah dan sabar...dan berdoalah kpd Allah, kerana Dia yang Maha Mengetahui....

    ReplyDelete